Berita Harian - Mask and safe distancing becomes his protectorhttps://www.spgroup.com.sg/dam/jcr:17e15417-a9f3-4a47-b7fe-681efe124a6916 Berita Harian | Isnin, 8 Jun 2020 Berita SETEMPAT �IRMA KAMARUDIN irmak@sph.com.sg APABILA menerima aduan mengenai kebocoran gas di rumah atau bau gas di luar, Encik Muhammad Fitri Johari ialah orang yang akan turun padang untuk memeriksa keadaan dan melakukan kerja pembaikan, jika perlu. Namun, disebabkan tugasnya memerlukan beliau berada di tempat awam, ia biasanya menarik perhatian orang awam yang akan memerhatikan apa yang beliau lakukan dan bertanyakan soalan. Keadaan sedemikian membimbangkan Encik Fitri, seorang teknisyen bahagian respons kecemasan dan penyenggaraan pengatur di SP Group, terutamanya ketika pandemik Covid-19 ini. Dalam usaha melindungi dirinya, Encik Fitri dan rakan sepasukannya menggunakan pelitup muka pada setiap masa dan mengamalkan jarak selamat. “Apabila kami pergi ke rumah orang, biasanya mereka mahu melihat apakah masalahnya. Jadi, kami perlu memberitahu mereka supaya tunggu sebentar sementara kami melaksanakan tugas. “Apabila saya dah jumpa punca masalahnya, saya akan tunjuk dan jelaskan kepada mereka dan kemudian minta mereka berdiri jauh sementara saya meneruskan kerja. “Sebelum pandemik Covid-19, biasanya saya boleh lakukan kerja sambil menjelaskan keadaan kepada mereka,” kata beliau. Sebagai teknisyen, Encik Fitri, 32 tahun, perlu bersiap sedia 24/7 untuk memberi respons kepada kes kecemasan seperti tidak ada bekalan gas, masalah berkaitan kebocoran gas dan tekanan gas yang lemah. Menurutnya, terdapat beberapa cabaran lain yang perlu beliau hadapi dalam menjalankan tugas semasa pandemik ini, termasuk perlu menahan rasa panas ketika mengenakan pakaian perlindungan, topi keselamatan dan pelitup muka semasa bekerja. Semasa Ramadan lalu, beliau juga kadangkala menghadapi cabaran bersahur dan berbuka puasa dek waktu syif dan juga keperluan bersiap sedia 24/7. Malah, dalam kerjayanya selama hampir sembilan tahun bersama SP Group, Encik Fitri pernah bekerja sekitar empat atau lima kali pada Hari Raya. Mengimbas antara kenangan bekerja semasa Hari Raya yang tidak dapat dilupakan, Encik Fitri berkata beliau pernah pergi ke rumah seorang wanita yang sedang masak pada malam Raya. Namun, wanita itu tidak dapat terus memasak kerana pembakar gasnya bocor dan beliau tidak boleh membeli yang baru disebabkan sudah lewat malam. Encik Fitri cuba memperbaiki masalah itu tetapi tidak dapat melakukannya dan terpaksa mengasingkan pembakar gas itu demi keselamatan wanita berkenaan dan keluarganya. Beliau kemudian kembali ke rumah itu keesokannya untuk menyelesaikan masalah tersebut. “Apabila saya kembali ke rumahnya, saya lihat wanita itu dah improvise iaitu mengambil langkah lain bersesuaian dengan keadaan dengan menggunakan dapur arang untuk memasak! Pelitup dan jarak selamat jadi ‘pelindung’ Teknisyen SP Group cerita pengalaman apabila perlu jelaskan pada pelanggan ketika jalankan tugas CEKAL HADAPI CABARAN: Sebagai teknisyen di SP Group, Encik Fitri, perlu bersiap sedia 24/7 untuk memberi respons kepada kes kecemasan berkaitan masalah bekalan gas dan perlu berdepan orang ramai. Dalam usaha melindungi dirinya, beliau dan rakan sepasukannya menggunakan pelitup muka pada setiap masa dan mengamalkan jarak selamat. Bersama beliau ialah rakannya, Encik Hussain Suhri. – Foto SP Group “Saya cuba jelaskan keadaan kepada keluarga wanita itu malam sebelumnya dan mereka bersetuju kami harus tunggu sehingga esok untuk perbaiki masalah. “Wanita itu juga mahu bungkuskan rendang untuk saya,” ujarnya. Encik Fitri berkata beliau rasa puas hati apabila dapat membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang dihadapi. “Kebanyakan pelanggan, apabila mereka dengar mengenai kebocoran gas, mereka akan berasa takut dan khuatir kerana mereka tak dapat melihat gas itu dan hanya boleh bau saja. “Selepas pembaikan dibuat, saya selalu beri jaminan kepada mereka bahawa adalah selamat untuk mereka gunakan gas dan mereka boleh teruskan kehidupan seperti biasa. Itulah perkara yang paling memuaskan hati saya,” kata beliau. “ Apabila kami pergi ke rumah orang, biasanya mereka mahu melihat apakah masalahnya. Jadi, kami perlu memberitahu mereka supaya tunggu sebentar sementara kami melaksanakan tugas. Apabila saya dah jumpa punca masalahnya, saya akan tunjuk dan jelaskan kepada mereka dan kemudian minta mereka berdiri jauh sementara saya meneruskan kerja.” – Encik Muhammad Fitri Johari, teknisyen bahagian respons kecemasan dan penyenggaraan pengatur di SP Group, yang perlu menggunakan pelitup muka pada setiap masa dan mengamalkan jarak selamat bagi melindungi diri mereka. Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction Article Summary Whenever he is activated to attend to a suspected gas leak, Gas Operations Technician Muhammad Fitri Johari will go onsite to do a check, and carry out repair works if necessary. With the COVID-19 situation, he has to take extra precaution, such as wear a mask at all times, and maintaining social distancing with the public. Having been with SP Group for about nine years, Fitri’s job satisfaction comes from helping customers solve problems and keeping them safe,